Tayangan Media: Gangster Celop

February 14, 2013

Hi everyone! Last week, I attended my first ever tayangan media for filem!! Sorry bunyi macam excited sangat kan sebab memang sangat-sangat excited sebab selama ni, tengok snippets of tayangan media kat tv je, macam rancangan Melodi, Propaganza, berita, etc. Finally dapat pergi dan lihat sendiri event macam ni :)

Terima Kasih Rabiatul Adawiyah (blogger) for inviting me to attend the media screening of Malaysia's latest film, Gangster Celop. I was really excited untuk filem ni sebab semua para pelakon filem ni memang my favourite actors dari duluuu lagi :)


If korang minat filem action and comedy, this is the best yet! I mengaku, I gelak besar throughout the whole entire movie and so were the rest of the people!!! Sangat funny okay Gangster Celop! Memang kecoh and riuh the whole cinema! Boleh dikatakan, hampir setiap selang beberapa minit tu ada je scene yang kelakar, dari mula sampai habis filem. Kalau tengah sedih-sedih tu, kalau tengok filem ni mesti boleh gelak :)



Gangster Celop adalah hasil kerjasama dan gabungan Skop Productions dan Excellent Pictures, yang telah menelan belanja sekitar RM 1.7 juta. Filem ni dibintangi oleh Shamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jasmin, Yus Jambu, Usop Wilcha, Reen Rahim, Lan Pet Pet, dan ramai lagi!

Hanis Zalikha... familiar kan nama tu? Haaaa.. yes that pretty blogger at inibelogsaya.blogspot.com! She's now in the filem industry and Gangster Celop adalah filem pertamanya. Tahniah Hanis Zalikha kerana berani dan tabah untuk menceburi diri dalam industri ini and I think she did a pretty good job in Gangster Celop. Kudos!


Sinopsis: Gangster Celop mengisahkan Aman (Kamal Adli) dan Adam (Shamsul Yusof) yang baru dibebaskan dari penjara, ingin keluar dari dunia gangsterisme, telah ditugaskan untuk menjaga Suzana (Hanis Zalikha) anak kepada Mat Jambu (Yus Jambu), ketua kumpulan yang dianggotai Adam dan Aman. Dalam pada masa yang sama, pertelingkahan merebut kawasan di antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jasmin) semakin kritikal, sehingga melibatkan Suzana, Aman, dan Adam.

Pengarah : Ahmad Idham
Penerbit:  Ahmad Idham, Datuk Yusof Haslam, Azlan Shah Jaffril
Kategori: Action/Komedi


Brought my friend along, Nina who loves local films like I do!

Check out trailer ni!




Kalau korang nak tengok Kamal Adli berdangdut, Shamsul Yusof bertudung siap makeup lagi, and dua pelakon hensem dan macho ni jadi 'babysitter', jangan lupa untuk menyaksikan filem Gangster Celop bermula 21 Februari di pawagam! :)

Tahniah and thumbs up kepada pengarah dan penerbit for producing such a funny action film full of values and lessons, which many Malaysians love and appreciate.

Click to see Gangster Celop Facebook page! Sila share pandangan anda bila dah tonton nanti ok :)

My rating: 4/5

 *cair setiap kali tengok Shamsul Yusof*


XOXO!





No comments

Post a Comment

Thank you for taking the time to read my blog and comment! Big hug for you! :)