Syawal 2013

August 22, 2013

Salam and hello to all! :) I guess semua dah masuk keje minggu ni, ke ada yang masih cuti lagi ni? Kalau ye, wahh seronoknya! Ada juga yang dah masuk masuk kerja pertengahan minggu lepas kan.. Ape ape pun, semoga semua enjoy balik kampung and had an awesome Hari Raya bersama keluarga dan sahabat yang dah lama kita tak jumpa.. :) Ada yang jumpa setahun sekali je kan.. hehe

Syawal saya tahun ni simple je.. rasanya macam makin lama makin simple..time kecik kecik je semangat Raya, kan? Walaupun simple, tapi tahun ni ada lain sikit sebab bertambah ahli keluarga; tunang my sis ikut balik kampung, cousin bawa isteri, and ada cousin yang dah pulang ke tanah air setelah bertahun-tahun belajar di Mesir. As usual, balik kampung belah Papa, iaitu Kedah! :)

Jom layan gambar...



Keluarga saya memang tak pakai theme. Nak pakai colour ape pun, pakailah! Janji segak dan manis. Tahun ni saya pilih colour mustard. Betul kan mustard? Nak kata kuning bukan..brown pun bukan.. And first time Raya tahun ni pakai long dress kaftan yang sangat comfortable, berangin dan tak panas langsung. Bandung mari, ok!


Makeup saya simple je.. malas nak heavy-heavy takut nanti berpeluh-peluh minyak pulak muka. Janji ada cheek colour, lip colour dan eyeliner! Wajib! :)



With adik-adikku yang gila-gila. Haih..dah besar diorang ni.. dulu kecik je. Dah pandai bawak kereta, dating sana sini.. Saya pun dah rasa makin tua... dan bila makin tua.. semua orang tanya "Bila nak kahwin?". Soalan yang wajib ditanya oleh saudara setiap kali pulang ke kampung. Belum sampai jodohnya... hehee chills dulu okay. Bila dah ada, confirm saya akan announce, betui dak? *wink*



My loving parents yang sangat romantic. Salute la..sampai ke tua pun masih romantic macam first first time jumpa dulu :)



Sesi titis air mata. hehe..bersama atok saya..one and only. :)



Eh? Tahun lepas 6, tahun ni..7! Jejaka yang berbaju Melayu putih tu, itulah tunang my sis. Nama dia Mehdi, orang Iran. Tahun ni dia nak belajar adat kita, so dia ikut keluarga saya balik kampung. They are getting married in less than 3 weeks! 



With kakak ku yang macam artis ni. 



Mak dara dan anak-dara :) Yang mak dara pun dah boleh blend in dgn anak dara. Semua nampak muda dan manis! :)


Macam mana dengan Hari Raya you guys? 


XOXO

Lina

2 comments:

  1. comel Lina di hari raya..cantik juga baju raya tu..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Asyik. hehe.. Simple je tahun ni.. hehe..

      Delete

Thank you for taking the time to read my blog and comment! Big hug for you! :)